PERKONGSIAN PINTAR

Salam sejahtera. Blog untuk ruangan Perkongsian Pintar ini diwujudkan sebagai wadah perhubungan antara Majlis Pengurusan Pra U di seluruh Malaysia. Semoga ruangan ini dapat membantu sekolah-sekolah yang baru memperkenalkan Pra U.

Sunday, April 25, 2010

TAKLIMAT KOLOKIUM PRA U DI SMK DATO HAJI HASSAN YUNOS RENGGAM

Pada 28 Januari 2010, En. Razali Samad telah dijemput untuk memberi taklimat berkaitan kolokium di SMK Dato Haji Hassan Yunos Renggam. Taklimat bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Semua guru Pra U SMKDHHY turut hadir mendengar taklimat tersebut. Selain mendapat input berkaitan kolokium, perbincangan turut diadakan berkaitan pengurusan tingkatan 6.





TAKLIMAT KOLOKIUM PRA U DAERAH KLUANG

Pada 19 Januari 2010, Majlis Pengurusan Tingkatan 6 Daerah Kluang telah mengadakan Taklimat Kolokium Pra U. Taklimat disampaikan oleh Miss Foo Mok Wah sebagai Jurulatih Utama dan juga semua GPK Tingkatan 6 Daerah Kluang. Taklimat telah diadakan di Sekolah Tinggi Kluang pada jam 2.00 ptg hingga 5.00 petang.





LAWATAN DARI SMK DATO SERI AMAR DIRAJA, MUAR

SMK Dato Seri Amar Diraja, Muar telah mengadakan lawatan ke Pra U Sekolah Tinggi Kluang. Lawatan yang diadakan pada 18 Ogos 2009 telah disertai seramai 10 orang guru iaitu GPK Tingkatan 6 serta pensyarah-pensyarah tingkatan 6.



Saturday, April 24, 2010

LAWATAN DARI SMK TUN MAMAT, TANGKAK, MUAR

Pada 6 Februari 2010, Pra U STK menerima kunjungan dari SMK Tun Mamat, Tangkak, Muar, Johor. Rombongan lawatan disertai oleh GPK Tingkatan 6, Pensyarah Tingkatan 6 serta pelajar dan pengawas. Pelawat yang terdiri daripada 4 orang guru dan 40 orang pelajar telah melawat Pra U dan PSS STK.








Tuesday, April 20, 2010

LAWATAN DARI SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, KULAIJAYA, JOHOR

Pada 21 April 2010, seramai 106 pelajar Pra u dan 10 orang Pensyarah Pra U SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya telah mengadakan Lawatan ke Pra U Sekolah Tinggi Kluang. Program Jalinan Kasih (Perkongsian Ilmu) turut diadakan yang melibatkan matapelajaran Pengajian Am.

Tuan Haji Baharudin Razali (GPK Tingkatan 6) bersama En. Yacob (YDP PIBG) dan Tuan Hj Shahruddin Basri Ibrahim (GPK 1)
Para pelajar SMK Tunku Abdul Rahman Putra  Kulai Jaya kusyuk mendengar penerangan.



LAWATAN DARI SMK ENGKU HUSIN ENDAU, MERSING, JOHOR

Pada 15 Januari 2010, seramai 4 orang Pensyarah Pra U dan GPK SMK Engku Husin Endau, Mersing, Johor telah mengadakan lawatan rasmi ke Pra U Sekolah Tinggi Kluang.



LAWATAN DARI SMK(A) HJ SHEIKH MOHD SAID SEREMBAN NS

Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru Kanan dan Pensyarah-pensyarah Pra U SMK(Agama) Haji Sheikh Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan rasmi ke Pra U Sekolah Tinggi Kluang. Rombongan seramai 19 orang telah mengadakan perbincangan dan lawatan ke kampus Pra U. Lawatan yang diadakan pada 14 Januari 2010 telah mengikat satu lagi perkongsian pintar antara sekolah-sekolah yang mempunyai Pra U.




Pensyarah Pra U melihat contoh Folio Tingkatan 6